AMMI N ABAJI….
Jika kau tidak melihat ku…
Hati mu akan rasa resah dan gelisah…
Jika kau tidak melihat ku…
Jiwamu tidak akan tenang…
Setelah melihat ku…
Hati mu akan rasa gembira…
Setelah melihatku …
Jiwamu akan rasa tenang…
hubungan jenis apakah ini?
Ikatan jenis apakah ini?
Yang akan membuat kau merasa pelbagai rempah ratus dalam hidup.
Yang akan membuat ku rasa gembira dan sedih dalam sekelip mata.
Segala kesusahan ku ingin kau ambil seorang diri…
Segala kesakitanku kau ingin merasai sendirian…
Hanya kesihatan yang baik ingin kau berikan
Hanya kegembiraan yang kau berikan…
Engkau berikan segala kegembiraan yang ku inginkan…
Mukaku ini lah yang engkau pandang dengan penuh kasih sayang…
Engkau lah Abaji ku (ayah ku)
Engkaulah Ammi ku (ibuku)
Engkau lah nyawa ku…
Engkau la jantungku…
Engkau lah Ammi ku (ibuku)
Engkaulah Abaji ku (ayahku)
Engkau lah nafasku…
Engkaulah darahku…
Perhubungan sejak kecil ini …
Janganlah kau putuskan atau kau lupakan…
Ikatan ini akan ku ingati sepanjang hayat ku…
Ammi jangan sesekali kau tinggal ku…
Abaji jangan kau pergi jauh dari ku…
Hanya kerana ku engkau telah menjalani keperitan yang tidak dapat ku bayangkan
Engkau telah bersusah payah membanting tulang mencari rezeki untuk ku…
Engkau telah menerima aku seperti darah dagingmu sendiri…
Engkau telah membelakangkan ibumu sendiri kerana tidak mahu aq bersedih…
Engkau telah berhadapan dengan tomahan di sekeliling mu hanya kerana aq…
Tetapi tidak pernah sekali pun kau bersunggut…
tidak pernah sekalipun kau menyesal..
Tidak pernah sekalipun kau bercerita kepada ku tentang kesusahan mu itu…
Melihat wajah mu aku merasa tenang…
Hanya dengan mendengar suara mu aku merasa gembira…
Hanya melihat senyum tawamu aku merasa aku telah mendapat bintang dan bulan..
Hanya dengan melihat wajahmu aku merasa orang yang paling gembira dalam dunia ini…
Ammi… Abaji… terima kasih kerana engkau yang menjadi kedua IBUBAPA ku…
Terima kasih kerana memahami ku….
Terima kasih kerana menjaga ku….
Terima kasih kerana hadir dalam hidup ku..
Jasa kalian memang tidak dapat ku balas seumur hidup ku…
Terima kasih atas segala pergorbanan mu….
Terima kasih atas segalanya…..
YA ALLAH terima kasih… YA ALLAH S.W.T… kerana Engkau telah memberi ku permata yang tiada nilainya
YA ALLAH aku bersyukur kerana Engkau telah memberi ku segalanya…
Terima kasih YA ALLAH….
Ps: AMMI n BAJI me tumse bohot2 pyar karte hu…. Tum dono ke bin… me jena nehi chati AMMI…BAJI… I love u… muahhhhh…;p