;p

;p

~ItS mE~

MY BLOG AGE

Daisypath Anniversary tickers

slm

Monday, October 24, 2011

Bersyukur Bergelar Muslim

Assalamualaikum...
Kepada pencinta Islam...



Seseorang yang bergelar muslim adalah mereka yang telah mendapat hidayah daripada Allah subhanahu wata'ala. Bahkan, hidayah itu diberikan kepada orang2 yang telah dipilihNYA. Aku bersyukur tidak terhingga kerana telah menjadi di antara orang yang terpilih olehNYA dan bangga dilahirkan sebagai seorang muslim di muka bumi milik Allah ini... Alhamdulillah....

Betapa kerdilnya diriku dihadapanMu Ya Allah... Tetapkanlah iman dan akidahku hanya padaMu walaupun terdapat banyak lagi cinta2 yang kau ciptakan agar aku mengasihi antara satu sama lain. Biarkan aku terus berasa rendah diri dan bertawaduk kepadaMu agar aku tidak alpa akan duniaku. Ya Allah, berikan aku taufiq dan inayahMu serta bimbinglah aku ke jalan yang kau redhai... HanyaMu tempat aku bergantung harap dan hanya pada Mu aku berserah segala2nya...


Sesungguhnya cinta kepadaMu Cinta Agung,
Sesungguhnya cinta kepada rasul dan nabi2 Cinta Hakiki,
Sesungguhnya cinta kepada Ibubapa adalah Cinta Sejati,
Sesungguhnya cinta kepada Ilmu merupakan Cinta yang Bermanfaat,
Sesungguhnya cinta kepada Ummah Cinta yang Mulia,
dan Sesungguhnya cinta pada kecemerlangan Cinta yang Bermakna...


Nikmat iman dan islam merupakan dua nikmat yang teragung antara nikmat Allah yang lain. Dan aku bersyukur dan bangga menjadi orang islam. Walaupun hidup nie kadang2 terasa terasing kerana cara hidupku berlainan dari yang lain. Tapi, menjadi yang terasing kerana mengikut ajaranNYA itu membuatkan hatiku menjadi lebih tenang.


Ya Allah, matikanlah aku dalam iman dan islam. Teguhkanlah hatiku di jalanMu. Janganlah Engkau palingkan hatiku Ya Allah setelah Engkau memberi petunjuk dan hidayahMu kepadaku. "Innaddiina 'indallahil islam" (Sesungguhnya, agama yang diterima di sisi Allah ialah islam).
Amiin....

Hidup Bagai menjawab Soalan

Hidup Bagai menjawab Soalan

Assalamualaikum & Salam Muhibbah...


Dunia kita ibarat “Dewan Peperiksaan”.
Masalah pula boleh diaplikasikan adalah sebagai “Kertas Soalan”.
Jawapan aku BETUL, aku LULUS;
Jawapan aku SALAH, aku GAGAL.
Demikianlah konteks kehidupan di dunia;
Berupa aku menangani kehidupan menurut kehendak ALLAH dan RASUL;
SYURGAlah ganjarannya;
GAGAL aku menepati syariat ISLAM;
NERAKAlah padahnya...

PILIHAN TERLETAK DI TANGANKU SENDIRI…!!!

Kongsi HEAVEN nak???

Assalamualaikum & Salam Muhibbah...


Ikuti situasi ini:
Boy: Awak, awak sayang saya tak?
Girl: Of course la saya sayang awak. Kita pun bukannya baru kenal.
Boy: Awak, awak cinta saya tak?
Girl: Of course la saya cintakan awak coz awak kan pakwe saya...
Boy: Kalau betul awak sayang dan cinta saya, awak sanggup bersama saya selama-lamanya???
Girl: Of course la awak.... Saya sanggup bersama awak selama-lamanya.. Saya sanggup serahkan segala-
galanya yang saya ada termasuk diri saya.
Boy: Termasuk diri awak? Awak gila ke???
Girl: Kenapa awak kata saya gila??? Sampai hati awak.... huhu... (merajuk)
Boy: Bukan macam tu la sayang... Saya tak nak awak serahkan diri awak pada saya sekarang coz kita
bukannya ada sebarang ikatan. Saya sayangkan awak sangat-sangat. Jadi, kalau betul kita saling
sayang-menyayangi, kita KAWIN nak? Saya tak sanggup lagi berkeadaan begini... Saya tak sanggup
lagi nak keluar berdua-duaan begini yang akhirnya kita akan berlaku zina. Saya tau saya tak la baik
sangat apatah lagi alim. Saya orang yang biasa-biasa saja... Saya ni hamba Allah yang takutkanNya...
Girl: .......
Boy: Saya nak kongsi HEAVEN dengan awak sama-sama coz awak insan yang saya sayang dan cintai.
Biarlah kita couple secara "HALAL". Saya nak bersama-sama awak hingga akhir hayat saya dan
berbahagia hingga ke HEAVEN.
Girl: Maafkan saya, awak.... Saya pun nak kongsi HEAVEN macam awak la... Kita KAWIN.... hehehehe...




PENGAJARAN AYAT:
  • Kalau kita benar-benar cinta pada kekasih kita, bawa pasangan kita jauh dari dosa dan azab api neraka. Jikalau mampu, jadikan pasangan kita sebagai pasangan yang HALAL iaitu pasangan suami isteri yang telah melalui ikatan perkahwinan. Itulah konsep CINTA SEJATI yang sebenar. Bukannya bukti CINTA SEJATI dengan menyerahkan segala-galanya yang ada pada kita untuk pasangan kita sebelum berkahwin.
  • Kalau kita benar-benar cintakan pasangan kita, sebenarnya kita tidak akan sanggup biarkan pasangan kita masuk neraka. Tegarkah kita masuk SYURGA sorang-sorang sedangkan kekasih yang kita cintai sepenuh hati masuk NERAKA???
SHARE DARI KAKAK YANG KU SAYANGI ;P MEKASIH KAK COZ BG SHARE :D