;p

;p

~ItS mE~

MY BLOG AGE

Daisypath Anniversary tickers

slm

Thursday, January 23, 2014

cara2 mengatasi masalah/ stress

 

hai kwn kwn yg saya sayangi sekalian :)

Problem??  who doesn't have a problem...
semua org ada masalah... even aq sendiri skung pun ada masalah....
semua org ada masalah... masalah family... masalah kewangan... masalah ngan kwn2... masalah ngan pembelajaran.. n etc...

yang membezakan masalah ktew adalah cara ktew pandang masalah tu...
even masalah yg kecik pun lau kte pandang n terlampau fikir sangat ianya akan menjadi besar... n masalah yg besar akan menjadi kecik... it all depend on us n the way we see the problem..
nama lain bagi masalah ialah tekanan atau lebih dikenali sebagai STRESS

-stress-
"Satu keadaan gangguan emosi, pemikiran dan fizikal seseorang. Seringkali dalam kehidupan kita, pekerjaan dan pembelajaran adalah dua faktor utama membawa gejala kerunsingan sehingga keadaan ketegangan atau stress. Manusia seringkali mengadu bahawa ia mengalami stress, 'tension' atau tegang. Peningkatan gejala stress di kalangan pelajar seringkali dikaitkan dengan faktor persekitaran semasa khususnya menjelang musim peperiksaan. Senario ini serupa apabila kita menyatakan bahawa kita tiada 'mood', atau kita tiada minat untuk belajar. Bagi golongan dewasa, stress seringkali melanda kehidupan berikutan masalah kewangan dalam rumahtangga."  

jgn ingat stress sebagai benda yg ringan ok... stress blh menyebabkan kita hilang pertimbangan diri... kurang selera mkn... sakit.. hilang keyakinan diri... n paling berbahaya akan membawa kita dlm membuat keputusan yg salah ex: bunuh diri:
 
tapi....(wah ada tapi2 lagi tu hehe)
kalau kita tgk atau anggap stress tu sebagai ujian Allah S.W.T kat kita or kita anggap stress tu sebagai formula untuk kte memperbaiki diri kita ianya akan menjadi sesuatu yg positive...
yes... stress blh jadi positive seperti yg Allah S.W.T ckp
 

Stress Menurut Pandangan Islam

Punca stress itu bukan dari tekanan mental semata-mata bahkan punca tekanan itu sebenarnya berpunca dari kecelaruan dan kelemahan hati , ruh, nafsu dan akal.Kelemahan hati yang menyebabkan rapuhnya hubungan individu itu dengan Allah SWT menyebabkan kehidupannya menjadi sempit, seolah-olah tiada jalan keluar dari setiap inci masalah. Hati yang baik mempunyai unsur yang sangat halus ( latifah ) ketuhanan ( rabbaniah ) dan kerohanian ( ruhaniah)


 STRESS ITU UJIAN ALLAH S.W.T
Berdoa boleh mententeramkan jiwa:

Surah Al-Baqarah(2):155

Firman Allah yang bermaksud: “Allah menguji seseorang itu dengan perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta, nyawa dan hasil-mahsul yang tidak menjadi dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar”.
Hadis:

“ Kesedihan atau malapetaka yang menimpa seseorang muslim merupakan kafarah kepada dosa yang dilakukan” ( Riadus Solihin )
 
 
UJIAN IMAN
Masalah sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita untuk mengukur sejauh mana tahap keimanan dan ketakwaan kita terhadap-Nya. Sebab sebagai manusia kita sering terlupa serta lalai dengan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah apabila hidup kita sentiasa dilimpahi kesenangan dan kemewahan. Lebih-lebih lagi ketika usia remaja, hidup penuh dengan keseronokan dan sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru walaupun perkara itu jelas haram di sisi agama dan menyalahi undang-undang dunia, contohnya mengambil dadah dan hanyut dengan maksiat, dengan adanya ujian seperti ini, ia akan kembali mengingati  apakah hidup kita selama ini mengikuti peraturan atau landasan yang telah ditetapkan oleh Allah ataupun telah jauh menyimpang.

Setiap masalah, kesukaran, kesakitan dan apa jua yang menyeksa jiwa adalah merupakan ujian dari Allah untuk menguji sejauh mana iman kita. Iman perlu kepada ujian. Ini jelas sebagaimana maksud firman Allah  :

"Adakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan saja  mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta."  ( al-Ankabut: 2 - 3)
DARJAT DI SISI ALLAH
Ujian atau dugaan yang datang adalah dari Allah, sama ada ujian itu sebagai ‘kifarah’ dosa yang telah kita lakukan atau untuk mengangkat darjat kita di sisi-Nya. Allah juga tidak menduga hamba-hamba-Nya tanpa mengambil kira kesanggupannya atau keupayaan mereka untuk menghadapinya, ujian dan dugaan yang diturunkan Allah kepada hambanya adalah seiring dengan keupayaan individu itu untuk menyelesaikan masalahnya. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah:286 yang bermaksud“ Allah tidak membebankan  seseorang melainkan dengan kesanggupannya”.

Oleh itu  sekiranya kita berhadapan dengan masalah, cubalah bawa bertenang, bersabar dan setkan dalam minda bahawa kita sedang diuji oleh Allah, orang yang melepasi ujian itu adalah orang yang berjaya dan mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah.

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan Syurga untuk mereka."  ( at-Taubah: 111)

CARA MENGATASI MASALAH

1.Sandarkan Harapan Pada Allah
 Setiap ujian yang datang sebenarnya mempunyai banyak hikmah di sebaliknya. Yakinlah bahawa setiap kesusahan yang kita tempuhi pasti akan diganti dengan kesenangan. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Nasyrah ayat 1hingga 8 yang antara lain maksudnya “ …Sesungguhnya selepas kesulitan itu pasti ada kemudahan….”

"Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya
kepada-Nya aku bertawakal."( At-Taubah: 129)

2.Minta Pertolongan Dari Allah
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan yang sabar dan dengan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." ( al-Baqarah: 45) 

3.Jangan Sedih dan Kecewa
"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman." ( al-Imran:139)

Yakinlah dengan janji Allah itu dan jangan cepat putus asa dengan masalah yang dihadapi sebaliknya tingkatkan usaha dan kuatkan semangat untuk mengatasinya, lihat maksud firman Allah di bawah:

...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir”( Yusuf : 12)

4.Luahkan masalah tersebut pada teman-teman yang dipercayai, walaupun dia mungkin tidak dapat membantu, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban yang kamu tanggung.

5.Bandingkan masalah kita dengan masalah orang lain, mungkin masalah orang lebih besar dari masalah kita, perkara ini juga boleh membuatkan kita lebih tenang ketika menyelesaikan masalah.
 
( yg nie aq copy paste dari website nie - http://www.islam.gov.my/en/hadapi-masalah-dengan-bijak-cahaya-oktober)

ok so cukup x info nie?? hehehe 
so aq arap pas nie korang leh la pandang stress tu sebagai ujian dari Allah dan anggap or jadikan ia sebagai sesuatu yg merangsang or membawa ktew ke arah kebahagian or kebaikkan mcm aq... masalah yg aq hadapi telah merubah aq kepada aq yg baru dan aq arap ianya berkekalan InsyaAllah ... amin 
 
 "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." – (al-Baqarah: 216)

im back

 
 
apa khabar sume...
akhirnya selepas setahun lebih menyepi aq kembali menulis n mengupdate blog
apa khabar kwn kwn ku sihat?
aq harap kalian sihat sejahtera n berada dlm keredhaan Allah S.W.T...
 
welll errmmm apa ek aq nak cter??? 
ok.. aq nak g tau kwang yg skung aq da smbg belajar... aq amik degree in TESL
 
what is TESL???
Teaching English as Second Language (TESL)
yep... apa yg kowang bce tu btol...
InsyaAllah dgn izinNYA aq akan bergelar cikgu bahasa English...

wooo english teacher youuu...
hebat x hebat hahaha....
korang mesti ingat aq teror eng right??
well u guys are wrong ...
aq spm eng dpt c... muet aq hanya dpt band 3
x teror pun... hehehe.. tapi npe amik course ni??
well aq ada 3 sbb
 
i) sbb my mom cadangkan
ii) sbb skop pekerjaan
iii) sbb aq minat n nak improve my eng skill :)
 
skung aq sem 2.. ada lagi 2 thn nak abis..wooo lame tuuuu tapi x pe...
demi education aq sanggup...
aq niat nak belajar sbb nak cari ilmu kerana ALLAH S.W.T
 
ps: TESL nie lau kowang nak amik knew pastikan kowang btol btol berani nak amik n knew kuat iman, mental n fizikal tok amik course nie.. sbb ia memang susah huhuhu
 
ok guys n girls bubye... :)
 
wslm