Beliau adalah puteri Rasulullah s.a.w yang keempat yang telah hadir di tengah masyarakat yang mendewakan kehadiran anak lelaki. Fatimah lahir pada tahun ke-5 sebelum kenabian Rasulullah s.a.w. Kehadiran bayi ini disambut dengan penuh kegembiraan meskipun sebelumnya telah hadir tiga anak perempuan tanpa seorang pun anak lelaki. Suasana dalam keluarga mereka amat indah. Kedua-dua orang tuanya amat menyayanginya, begitu juga dengan kakak-kakaknya. Terutama sekali Zainab, kakak sulung yang mengasuh Fatimah seperti anaknya sendiri, teman dan saudara dalam susah mahupun senang.
Ternyata limpahkan kasih sayang kakak-kakaknya tidak bertahan lama.
Seorang demi seorang mereka telah pergi meninggalkan rumah orang tuanya.
Zainab pergi mengikut suaminya, Abi Al-Ash’ manakala Ruqayah dan Ummu
Kaltsum pula berkahwin dengan Uthbah dan Utaibah, kedua-duanya adalah
keluarga Abu Lahab.
Ketika beliau berusia 5 tahun, telah datang berita ledakan hebat
tentang agama baru yang dibawa oleh ayahnya. Situasi yang dihadapi
keluarganya, membuatkan Fatimah kehilangan keseronokan semasa kecilnya.
Tetapi Fatimah tidak pernah menyesal, dia rela menionggalkan masa
kanak-kanaknya untuk menghadapi derita bersama keluarganya. Semenjak
Muhammad s.a.w menyampaikan ajaran agama baru itu sikap kaum Quraisy
terhadap keluarga mereka amatlah menyakitkan hati. Fatimah yang masih
kecil dapat memahami sepenuhnya apa yang telah terjadi ke atas
keluarganya, terutama ayahnya.
Tetapi ini yang membahagiakn Fatimah kerana kesunyian dan kesepiannya
telah hilang. Kesepian yang dirasakan sebelum ayahnya menjadi Rasul
justeru hilang setelah keluarganya menghadapi berbagai tindakan
kekerasan dari mereka yang tidak mahu menerima ajaran ayahnya. Fatimah
gembira kerana keadaan ini membuatkan hubungan keluarga mereka kembali
erat.
Kegembiraannya bertambah ketika beliau mendapat tahu bahawa Ali bin Abi
Thalib, anak saudara ayahnya menyatakan dirinya sebagai kanak-kanak
pertama yang memeluk Islam selepas keluarga mereka sendiri. Fatimah
mempunyai harapan ynag besar yang ditujukan kepada Abi Thalib, ayah Ali
yang juga telah diseru oleh Rasulullah untuk memeluk Islam. Bukan itu
sahaja, malah Fatimah juga mengharapkan agar suami Zainab, Abi Al-Ash’
memeluk Islam. Itulah harapan Fatimah yang ternyata berbeza dengan apa
yang dikehendaki Allah. Allah ingin menguji keluarga Muhammad dengan
cubaan yang benar-benar berat dan pedih. Allah s.w.t ingin menunjukkan
ketabahan dan kerelaan Rasulullah s.a.w berkorban agar menjadi contoh
teladan bagi seluruh umatnya.
Sejak kecil Fatimah telah mengalami derita penganiayaan bersama
ayahnya. Pada satu ketika, Fatimah berjalan di samping ayahnya menuju
Ka’abah dan dilihat oleh kaum musyrikin dan serentak dengan itu mereka
berteriak manyatakan Muhammad adalah orang yang bodoh yang menyatakan
kebesaran tuhannya. Dengan penuh kelembutan dan kesabaran Muhammad
menyatakan bahawa dirinya berkata sesuatu yang benar dan Allah itu
wujud.
Mendengar akan jawapan itu, kaum musyrikin sangat marah dan
dengan kasar mereka telah merenggut baju Rasulullah s.a.w., Fatimah
tidak mampu berbuat apa-apa. Untunglah tidak lama kemudian telah datang
Abu Bakar yang dengan kasar menepis tangan mereka. Kemudian mereka
melepaskan Rasulullah tetapi kini kemarahan mereka tertumpah kepada Abu
Bakar. Sebahagiannya memegang dan menarik janggutnya serta tangannya
dengan kasar. Kemudian dimainkan pula kepala Abu Bakar.
Fatimah sendiri yang menyaksikan sendiri ayahnya dihina dengan cara yang
melampaui batas. Sedang Rasulullah s.a.w bersujud di Ka’abah, tidak
jauh dari situ ada seorang yang sedang mengawasi baginda. Orang tersebut
adalah Uqbah bin Abi Mu’ith yang telah meletakkan kotoran binatang
sembelihan dipunggung baginda. Rasulullah s.a.w hanya diam tanpa
mengangkat kepala baginda. Fatimah datang dan dengan keberanian yang ada
beliau telah memaki Uqbah, dengan tangannya yang halus itu beliau telah
membuang kotoran tersebut dari punggung ayahnya yang tercinta.
Fatimah memang anak kesayangan Rasulullah s.a.w sebagaimana yang telah
diriwayatkan dalam hadith Shahih:
“Fatimah adalah sepotong dariku. Aku merasakan apa yang dirasakannya dan
aku juga membenci apa yang dibencinya.”
Bahkan dalam senarai 4 wanita terbaik dan salah seorang mereka adalah
Fatimah. Tiga yang lainnya adalah Maryam, Aisyah, Khadijah sebagaimana
disebutkan dalam kitab Fadhail Muslim, Thabaqat Ibnu Saad, Isti’ab serta
dalam Ishabah.
Sementara itu, Fatimah telah mekar semerbak bagai sekuntum melati. Usia
yang menginjak ke 18 tahun, tetapi Fatimah masih belum ingin bernikah
lagi. Hatinya belum sembuh dari kesan perkahwinan kakak-kakaknya. Tetapi
akhirnya, masa dan usia menuntun fitrah yang seharusnya bagi seorang
wanita. Perlahan-lahan hikamh perkahwinan dapat dimengertikan.
Ali seorang pemuda yang beruntung kerana dapat memetik bunga terakhir
dari rumah Rasulullah s.a.w itu. Sebenarnya Fatimah telah lama
merasakan dirinya begitu dekat dengan Ali. Apalagi setelah mereka berada
di Madinah. Bagi Fatimah tidak ada pemuda lain baginya selain dari Ali.
Pemuda yang sejak kecil dekat dengan dirinya, pemuda yang pertama
sekali menyatakan ke-Islamannya. Seorang pemuda yang keberanian dan
kecerdasannya tidak ada yang dapat menandinginya. Tetapi Fatimah tetap
berusaha menutup pintu hatinya. Hati kecilnya belum rela meninggalkan
ayahnya sendirian. Semenjak ibunya meninggal, Fatimah adalah tiang
rumahtangga menggantikan kedudukan ibunya. Beliau menjaga ayahnya dengan
begitu teliti, sehingga mendapat julukan sebagai ibu ayahnya.
Satu ketika Fatimah terfikir bahawa kedudukan dirinya di rumah
Rasulullah akan tersingkir, kerana kedatangan Aisyah. Puteri Abu Bakar
yang telah berhasil mengisi kekosongan hati ayahnya. Perkahwinan ayahnya
dan Aisyah berlangsung beberapa bulan setelah Hijrah. Selepas
perkahwinan itu, Fatimah telah pergi ke rumah suaminya, Ali bin Abi
Thalib.
Sebenarnya Ali bin Abi Thalib meminang Fatimah dengan rasa ragu-ragu
kerana beliau merasakan yang dirinya tidak mempunyai apa-apa untuk mahar
perkahwinannya dengan puteri bongsu Rasulullah s.a.w itu. Apalagi
beliau pernah mendengar bahawa Rasulullah s.a.w telah menolak pinangan
Abu
Bakar dan Umar ke atas Fatimah. Berita ini semakin meresahkan hatinya. Namun keberaniannya tumbuh apabila memikirkan bahawa dirinya mempunyai kelebihannya yang tersendiri iaitu Muhammad pernah dipelihara oleh ayahnya dahulu dan dirinya juga pernah tinggal bersama-sama Muhammad. Bahkan dirinya juga adalah pemuda yang paling awal masuk Islam.

Oleh itu, beliau telah pergi berjumpa dengan Rasulullah untuk
menyatakan rasa hatinya. Apabila berjumpa dengan Rasulullah, Ali telah
menyatakan bahawa dirinya ingin meminang Fatimah tetapi dia tidak
mempunyai apa-apa untuk dijadikan sebagai mahar perkahwinannya nanti.
Mendengar akan pengakuan Ali itu, Rasulullah telah memintanya supaya
menjadikan pakaian perang yang telah diberikan oleh Rasulullah dulu
sebagai maharnya.
Akhirnya, perkahwinan mereka berlangsung secara sederhana. Mereka
diraikan dengan mengundang para sahabat untuk menyaksikan pernikahan Ali
bin Abi Thalib dan Fatimah binti Muhammad. Perkahwinan mereka
berlangsung pada bulan Rejab, setelah selesai perang Badar. Ali juga
telah mampu menyewa rumahnya sendiri untuk tinggal bersama Fatimah,
setelah perkahwinan mereka. Namun rumahtangga mereka tidak seperti yang
dijangkakan.
Diriwayatkan pada suatu ketika, Ali bin Abi Thalib ingin menikah
lagi. Sedangkan itu adalah perkara yang paling dibenci oleh Fatimah.
Beliau tidak ingin suaminya membawa saingan baru untuknya.
Ali r.a ingin menikah lagi dengan bersandarkan bahawa itu dihalalkan oleh agama dan itu akan menimpa sesiapa sahaja meskipun wanita itu adalah Fatimah, puteri kesayangan Rasulullah s.a.w. Ali menganggap bahawa Fatimah akan menerima berita ini dengan ikhlas, seperti teladan yang diberikan oleh Ummul Mukminin Aisyah yang hidup berdampingan dengan Hafsah dan Ummu Salamah. Namun pernikahan itu tidak diizinkan oleh Rasulullah kerana Ali ingin bernikah dengan cucu bekas musuh Islam yang terbesar iaitu Abu Jahal. Allah juga tidak mengizinkan puteri Rasul-Nya untuk berkumpul bersama dengan puteri musuhnya untuk selamanya. Setelah berita pernikahan Ali itu tidak mendapat keizinan dari Allah dan Rasulullah, Ali telah membatalkan niatnya untuk bernikah semula dan memohon maaf kepada Fatimah kerana telah menyakiti hati puteri kesayangannya itu. Kehidupan mereka berjalan secara damai. Fatimah menjalankan semua tugas rumahtangga dengan dukungan sepenuhnya dari Ali. Kesedihan semakin lama semakin menghilang dari benak dan fikiran Fatimah. Ali sememangnya berusaha keras untuk menyesuaikan diri dengan apa yang diinginkan oleh Fatimah.

Allah akhirnya menunjukkan rahmat dan rezeki-Nya pada keluarga itu.
Fatimah telah mengandung dan selamat melahirkan anak pertamanya, seorang
bayi lelaki. Bayi tersebut dinamakan Hasan dan dilahirkan pada tahun
ke-3 Hijrah. Madinah turut bergembira dan merayakan kedatangan cucu
Rasulullah s.a.w itu. Rasulullah s.a.w telah bersedekah dengan perak seberat rambutnya kepada kaum fuqara Madinah. Baginda berasa sangat lega kerana telah mendapat cucu dari puteri yang paling disayanginya. Kegembiraan itu bertambah lagi, apabila setahun kemudian Fatimah melahirkan seorang lagi bayi lelaki yang diberi nama Husain. Dia dilahirkan pada bulan Sya’ban di tahun ke-4 Hijrah.

Kehadiran kedua-dua cucunya itu amat menggembirakan hati Rasulullah
s.a.w. Wajah baginda selalu sahaja berseri di kala melihat Fatimah
memangku kedua-dua anak itu. Baginda berbesar hati kerana ada penerus
kehidupan keluarganya di dunia ini. Tidaklah menghairankan apabila
Rasulullah s.a.w benar-benar melimpahkan semua kasih sayangnya kepada
kedua-dua cucunya itu. Bukan itu sahaja kenikmatan yang diberikan Allah
kepada pasangan itu. Pada tahun ke-5 Hijrah, Fatimah telah melahirkan
puterinya iaitu Zainab. Nama ini diberikan oleh Rasulullah s.a.w untuk
mengenang puteri sulungnya.
Dua tahun kemudian, lahir seorang lagi puteri dan Rasulullah
menamakannya dengan nama Ummu Kaltsum. Pemberian nama ini menunjukkan
Rasulullah masih lagi mengenang kedua-dua puterinya yang telah
meninggal.
Kegembiraan itu tidak lama, awan mendung mula nampak mulai nampak di
atas Madinah. Rasulullah menderita sakit pada bulan Safar 11 Hijrah.
Semua kaum keluarga menyangkanya sebagai sakit biasa yang akan segera
sembuh, tidak ada seorangpun menyangka bahawa itu adalah petunjuk awal
maut yang mendekati Rasulullah s.a.w. Mendengar perkhabaran itu, Fatimah
telah kebingungan. Hampir setiap hari beliau menziarahi ayahnya. Suatu
hari
Fatimah datang kepada ayahnya dan Rasulullah s.a.w melihatnya
dengan wajah yang amat gembira dan berseri-seri. Fatimah duduk di
samping ayahnya, Rasulullah membisikkan bahawa ajalnya sudah dekat yang
menyebabkan wajah Fatimah berubah menjadi sedih. Melihat keadaan itu,
Rasulullah s.a.w berkata:
“Kelak engkaulah yang akan menyusul ayah, apakah engkau tidak senang menjadi ratu dari wanita-wanita umatku, wahai puteriku?” Perkhabaran ini membuatkan Fatimah tersenyum kegembiraan. Beliau tertawa senang setelah menangis, bahkan airmatanya pun belum hilang dari pipi.

Takdir Allah s.w.t berlaku ke atas semua hamba-Nya, tidak
terkecuali juga kepada utusan-Nya, Muhammad Rasulullah s.a.w. Di hadapan
puteri dan isteri-isterinya, baginda menutup mata untuk selama-lamanya.
Selepas kewafatan ayahnya, Fatimah menghabiskan sisa hidupnya dengan berdiam diri dan menyepi. Fatimah telah menyerahkan sepenuhnya kepada kesedihan yang hampir sama di saat bonda dan kakak-kakaknya pergi meninggalkannya. Bahkan ini lebih pedih lagi. Keinginannya hanya satu, menyusul mereka secepatnya sebagaimana yang telah di khabarkan oleh ayahnya sebelum baginda wafat.

Pada hari Isnin bersamaan 2 Ramadhan tahun 11 Hijrah, Fatimah telah
merangkul semua ahli keluarganya yang datang untuk menjenguknya. Beliau
juga meminta pembantunya memberinya mandi dan membaringkannya di atas
katil di tengah rumah. Ali amat terkejut ketika sampai di rumah apabila
mendapati isterinya telah memejamkan mata untuk selama-lamanya. Kemudian
Ali memakamkan isterinya di Baqi’. Seluruh kaum muslimin merasakan
kehilangan puteri bongsu Rasulullah s.a.w itu.
No comments:
Post a Comment