Seorang gadis comel yang belum berusia 10 tahun itu telah menjadi permata Bani Hasyim dan pemuda-pemuda di Makkah bersaing untuk meminangnya. Namun di antara pemuda Quraisy tersebut tidak ada yang bertuah seperti Abi Al-‘Ash bin Rabi’, anak saudara ibunya sendiri.
Pemuda gagah itu sering datang ke rumah Rasulullah s.a.w sehinggakan mendapat layanan yang istimewa dan tersebar berita yang menyatakan bahawa dia adalah calon suami bagi Zainab yang turut menjadi pujaannya semenjak kecil. Dia selalu memerhatikan puteri Rasulullah itu semenjak dari kecil hingga dewasa.
Zainab adalah puteri tertua yang menjadi tanggungjawabnya untuk membantu ibunya kerana waktu itu Khadijah telah berusia lebih dari lima puluh tahun. Keadaan ini membuatkan Zainab cepat matang meskipun usianya masih muda.
Abi Al-‘Ash yang melihat kelembutan dan kecekalan Zainab merasa berbesar hati dan bahagia. Pekerjaannya sebagai pedagang sering menghalanginya dari berkunjung ke rumah Zainab, apalagi di musim Haji di mana kota Makkah akan dikunjungi pedagang dan mereka yang datang menunaikan haji, kepergiannya ke Yaman dan Syam dalam musim panas dan dingin. Di Ummul Qura’ dia tinggal agak lama sehingga berbulan-bulan. Meskipun begitu, bayangan Zainab tetap lekat di pelupuk matanya sehinggakan terpisah jauh pun hatinya tetap tenang.
Abi Al-Ash’ seorang yang suka merendah
diri. Dia tidak pernah mempamerkan keberkesanannya menambat hati Zainab.
Ini kerana dia tidak mahu menimbulkan permusuhan dengan pemuda-pemuda
saingannya, tetapi cukuplah hanya dengan menyuarakan isi hatinya kepada
ibu saudaranya Siti Khadijah yang baik hati
itu.
Abi Al-Ash’ menjadikan rumah Muhammad
sebagai kiblat kedua setelah
Kaabah, apabila dia pulang dari perjalanan jauh. Zainab berasa gembira
sekali apabila dapat bertemu
dengannya, apatah lagi apabila mendengar berbagai pengalaman yang
diperolehi oleh pemuda pujaannya
itu. Kadang-kala Abi Al-Ash’ membawakan buah tangan yang khusus
dihadiahkan kepada
Zainab, seperti gelang, kalung dan sebagainya. Zainab menerima hadiah
tersebut dengan gembira kerana hal ini masih dianggapnya sebagai
hubungan
persaudaraan. Siti Khadijah melihat perkembangan perubahan sikap Zainab
dan beliau merasa senang dan setuju sekiranya puterinya itu jatuh cinta dengan Abi Al-Ash’.
Mulai saat
itu, Khadijah merestui anak saudaranya untuk datang dan meminang Zainab
dari
ayahnya. Sebenarnya beliau masih ingin bersama-sama puterinya itu,
tetapi beliau khuatir sekiranya ada keluarga Quraisy yang ingin berbesan
dengan suaminya yang jujur
itu.
Rasulullah seperti biasa sangat bijaksana setiap kali berhadapan dengan Abi Al-Ash’. Baginda mendengar dengan penuh perhatian ketika Abi Al-Ash’ menghuraikan permintaannya untuk meminang Zainab. Pinangan itu diterima oleh Rasulullah atas persetujuan Zainab sendiri. Berita gembira tersebut tersebar di seluruh Makkah. Ramai pemuda yang kecewa kerana harapan mereka telah musnah, namun tidak ada celaan atau hinaan yang ditujukan oleh mereka.

Keberhasilan Abi Al-Ash’ menyunting Zainab adalah kerana ibu saudaranya
Siti Khadijah sentiasa memberikan dorongan
kepadanya. Disamping itu, kejujuran Abi Al-Ash’ dalam berbagai perkara
khususnya dalam bidang perdagangan membuatnya menduduki barisan pertama
dari deretan pemuda-pemuda kaya yang ingin meminang
Zainab.
Tiba saatnya Abi Al-Ash’ dan Zainab memasuki hari pertama di tengah keramaian dan hidangan perkahwinan
yang dihadiri sahabat handai seluruh pelusuk kota
Mekah. Kini Zainab hidup dengan damai dan sejahtera bersama suaminya.
Allah mengurniakan mereka seorang anak lelaki yang diberi nama Ali bin Abi Al-Ash’ dan seorang anak yang bernama
Umamah.
Pada suatu
hari, Zainab mendengarkan kata-kata dari ibunya yang sangat menakjubkan
tentang turunnya wahyu kepada ayahnya yang menyatakan bahawa ayahnya
telah dilantik menjadi
rasul. Mendengarkan perkhabaran itu, Abi Al-Ash’ rasa kurang senang,
ketika suatu malam beliau melihat keadaan kesihatan isterinya semakin
teruk. Beliau berkata : “Demi Allah aku tidak mendustakan ayahmu. Tetapi
aku benci andai nanti ada orang yang mengejekku dan mengatakan bahawa
aku meninggalkan agama nenek moyangku kerana menuruti
isteriku, aku harap kau boleh menerima alasanku dan memehami
kedudukanku.”
Mendengar permintaan suaminya itu, air mata Zainab menitis dengan derasnya. Ingin rasanya beliau lepas dari kegelapan itu dan memberontak dari rasa yang menghimpit dadanya, tetapi beliau masih ingat nasihat ibunya untuk bersabar.

Pada suatu hari, Zainab mendengar khabar yang luas tersebar di Makkah
bahawa kaum Quraisy mengejar Rasulullah s.a.w dan sahabat setianya Abu
Bakar yang telah lari dari Makkah secara
diam. Beliau berasa sangat cemas namun hatinya kembali tenang setelah
mendapat khabar bahawa ayahnya telah selamat sampai ke
Madinah. Tidak berapa lama selepas itu, ada utusan dari Madinah untuk
membawa kedua-dua adiknya iaitu Umi Kalthum dan Fatimah ke
sana.
Ketika pemergian
adik-adiknya, Zainab terlalu merindui kaum keluarganya terutama sekali
ayahandanya, Rasulullah s.a.w. Namun kehadiran suaminya Abi Al- Ash’ menghalang
keinginannya. Lebih mengecewakan lagi apabila mengingatkan kedegilan suaminya untuk tidak meninggalkan agama nenek moyang
mereka.
Manakala di Madinah, Islam semakin tersebar luas dan pengikut Rasulullah s.a.w semakin ramai. Malah membentuk satu pasukan perang untuk menghadapi peperangan dan pertempuran kelak. Dalam beberapa tindakan, pasukan Muslimin telah berjaya menghalang aktiviti perdagangan Quraisy di Madinah.
Berita yang tersebar luas itu membuatkan penduduk Makkah bimbang dan membuat persediaan untuk berperang. Mendengar berita itu, Zainab menjangka akan berlaku peperangan antara Quraisy dan umat Islam Madinah. Zainab amat bimbang dan serba salah untuk memilih antara suami dan ayahnya. Ini kerana kedua-duanya akan berhadapan dengan peperangan.

Oleh
kerana, terlalu bimbang dengan keadaan peperangan itu, Zainab menjadi
terlalu takut dan membayangkan bahawa dirinya akan menjadi balu dan
anak-anaknya akan menjadi
yatim. Sehinggalah beliau menerima berita yang mengejutkan daripada
Atikah binti Abdul Muthalib memberitahu bahawa tentera Islam telah
menang dalam peperangan tersebut dan Zainab berasa sangat bersyukur
kepada Allah
s.w.t.
Teringatkan suaminya beliau menangis, tetapi Atikah memberitahu bahawa Abi Al-Ash’ selamat tetapi telah menjadi tawanan Rasulullah, ayah mertuanya yang bijaksana. Setelah rombongan Quraisy pulang ke Makkah, beberapa pahlawan telah menyampaikan berita kepada keluarga tentera yang telah ditawan supaya ditebus semula. Ini termasuklah Abi Al-Ash’.

Manakala di
Madinah, pihak tawanan perang di layan dengan baik. Abi Al-Ash’ telah
diasingkan daripada tawanan lain dan tinggal bersama mertuanya untuk
jangka masa yang lama sehinggalah beliau ditebus semula oleh pihak
Quraisy.
Pada suatu hari, telah datang seorang saudara Abi Al-Ash’ iaitu Amru bin
Rabi yang diutus oleh Zainab untuk menebus semula
suaminya. Lalu diserahkan sebuah bungkusan berisi kalung hadiah
perkahwinan Zainab daripada
ibunya, Siti Khadijah. Melihat akan bungkusan itu, Rasulullah berasa
amat sedih
sekali. Selepas itu, Rasulullah telah meminta persetujuan dari para
sahabat untuk melepaskan Abi Al-Ash’ dan mengembalikan
tebusannya. Para sahabat telah menyetujuinya , lalu Rasulullah s.a.w
membebaskan menantunya itu sambil membisikkan beberapa pesanan untuk
anaknya, Zainab iaitu isteri Abi Al-Ash’
Kepulangan Abi Al-Ash’ disambut dengan gembira oleh Zainab dan beliau berdoa kepada Allah s.w.t supaya dibukakan hati suaminya untuk menerima Islam. Di dalam kegembiraan Zainab, beliau sedar akan kesedihan suaminya. Dengan perasaan sedih dan hiba Abi Al-Ash’ berkata kepada beliau:

“Kedatanganku ini adalah untuk berpisah
denganmu, Zainab.” Zainab seperti tidak percaya dengan kata-kata
suaminya itu. Abi Al-Ash’ telah menyambung lagi
kata-katanya: “Bukan aku yang akan meninggalkanmu tapi engkau yang akan
meninggalkanku.” Zainab semakin bingung memikirkan kata-kata suaminya
itu. Sepanjang
pengetahuannya, puak Quraisy sememangnya ingin memutuskan perhubungan
mereka dengan Rasulullah s.a.w sehinggakan kedua-dua adiknya terpaksa di
hantar semula kepada ayahnya di
Madinah.
Demi janjinya kepada
Rasulullah, Abi Al-Ash’ terpaksa menghantar isteri kesayanganya kembali kepada Rasulullah
s.a.w. Tepat pada hari pemergiannya, tibalah adik Abi Al-Ash’ , Kinanah yang diamanahkan untuk menghantar Zainab ke
Madinah. Keberangkatan beliau adalah ketika beliau sedang mengandung 4 bulan. Ketika dalam
perjalanan, mereka telah dikepung oleh puak Quraisy sehingga berlakunya sedikit perbalahan antara Kinanah dan ketua puak
Quraisy, Habar bin Aswad Al-As’adi.
Akibat daripada perbalahan
tersebut, Zainab telah mengalami keguguran. Melihat akan keadaan Zainab
yang merintih kesakitan
itu, Kinanah telah membawa Zainab kembali kepada suaminya di Makkah
dengan perasaan malu dan terhadap amanah yang diberikan oleh abangnya
itu.
Setibanya di Makkah, suaminya Abi Al-Ash’ telah meraway isterinya, Zainab. Walaupun keadaan Zainab belum pulih sepenuhnya, beliau tetap dihantar pulang oleh Kinanah dengan selamat tanpa gangguan daripada kaum Quraisy.

Setibanya di
Madinah, kehadiran puteri Rasulullah itu disambut dengan gembira oleh
penduduk
Madinah. Di dalam kegembiraan itu, tersebar juga berita kemalangan
Zainab semasa dalam perjalanan kembali ke
Madinah. Mendengar akan perkhabaran itu, Rasulullah sangat marah dan
mengarahkan para musafir dan kabilahnya supaya membakar hidup-hidup
sesiapa sahaja yang telah menganiaya puterinya
itu. Namun baginda kemudiannya sedar bahawa hukuman bakar hanya layak
diperintah oleh Allah
s.w.t. Dengan itu, hukuman itu telah diganti dengan hukuman bunuh.
Keesokan
harinya, Rasulullah s.a.w telah mengutuskan orang untuk membatalkan
keputusannya. Setelah 6 tahun
berlalu, Zainab telah hidup di bawah pengawasan ayahnya, namun
harapannya tidak pernah padam untuk menunggu suaminya masuk Islam.
Sehinggalah pada bulan Jamadil Aqhir tahun ke-6
Hijrah, Abi Al-Ash’ telah datang berjumpa dengan Zainab. Beliau berasa
amity gembira dengan kehadiran suaminya
itu, namun kegembiraan itu bertukar apabila Abi Al-Ash’ berkata:
“Zainab, aku datang ke Madinah bukan untuk memeluk Islam. Aku pergi ke
negeri Syam membawa daganganku dan sebahagiannya adalah milik kaum
Quraisy. Ketika aku hendak pulang, aku telah ditahan oleh pasukan ayahmu
yang dipimpin oleh Zaid bin
Harisah.
Mereka menguasai semua baranganku dan aku telah melarikan diri dari
mereka. Aku datang ke sini adalah untuk bersembunyi dan minta perlindungan
darimu, Zainab.”
Beberapa saat kemudian, dengan kemapuan yang mantap, Zainab telah keluar dan berseru dengan keras: “Wahai kaum Muslimin, aku telah melindungi
Abi Al-Ash’ bin Rabi!” mendengar akan suara Zainab itu, Rasulullah s.a.w langsung ke rumah puterinya dan menemui Abi Al-Ash’ di dalamnya.

Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w datang, Zainab bermohon dengan
penuh
harap: “Ya Rasulullah…Aku melindunginya kerana dia anak ibu saudaraku
dan juga ayah kepada
anak-anakku.” Mendengar akan itu, Rasulullah berkata: “Puteriku,
sayangmu dan penghargaanmu kepadanya janganlah sehingga melewati
batas. Dia tidak dihalalkan untukmu.”
Selepas
itu, Rasulullah telah mengirim seseorang untuk mengawal abi Al-Ash’ menghadapnya di
masjid, di mana di situ juga hadir para sahabat yang telah menahan Abi Al-Ash’ di
perjalanan. Rasulullah berkata: “Inilah orang yang kalian tahan dan rampas
hartanya. Kalau kalian kembalikan kepadanya, itu merupakan hal yang terpuji.
Namun, kalau kalian tidak mahu itu adalah hak kalian.” Para sahabat menjawab: “Akan kami serahkan
kepadanya, ya Rasulullah.”
Maka mereka penuhi permintaan Rasulullah s.a.w., semua harta dan
barang-barang yang dirampasnya telah mereka kembalikan. Abi Al-Ash’
menerima harta dan barang-barang tersebut dengan perasaan terharu. Dan
pada waktu yang ditentukan, Abi Al-Ash’ berangkat dengan di hantar oleh
Rasulullah s.a.w sendiri.
Abi Al-Ash’ langsung menuju ke Makkah, kaum Quraisy gembira dengan kadatangannya yang membawa harta benda serta barang-barang yang masih utuh. Selepas semua barangan itu diagihkan, dengan tegas Abi Al-Ash’ berkata: “Aku bersaksi, tidak ada Tuhan kecuali Allah dan Muhammad itu adalah utusan-Nya. Demi Allah, yang menunda aku masuk Islam hanyalah kata-kata kalian, dia inginkan harta kita namun setelah Allah selamatkan aku, maka aku kembalikan harta ini kemudian aku akan masuk Islam.” Mereka yang mendengar kata-kata Abi Al-Ash’ jadi bingung. Malah ada yang terkejut seperti disambar petir. Namun Abi Al-Ash’ tidak peduli, langsung pada waktu itu juga beliau kembali ke Madinah.
Di bulan Muharram tahun ke-7 Hijrah, Madinah telah banyak membuka hati kaum Quraisy untuk masuk Islam dan ketika Abi Al-Ash’ datang ke Madinah untuk masuk Islam , beliau telah disambut dengan terharu oleh kaum Muslimin termasuk Rasulullah sendiri.

Abi Al-Ash’ diliputi keraguan, beliau sedar bahawa Islam menghapus
perbuatan di masa lalu, maka diberanikan dirinya untuk bertanya kepada
Rasulullah s.a.w, apakah beliau masih berhak meminta kembali isterinya?
Rasulullah memberikan restunya dan menyuruh Abi Al-Ash’ ke rumah Zainab.
Maka
sekarang berpadu kembali keluarga yang dulumya terpisah.
Setelah hidup dengan aman dan sejahtera selama setahun, tibalah masanya perpisahan yang sebenar.Zainab wafat pada tahun ke-8 Hijrah kerana penyakit yang dialaminya sejak jatuh dari unta ketika keluar dari Makkah dulu. Abi Al-Ash’ begitu menderita ketika tiba saat kematian isterinya. Dirangkul dan ditangisinya jasad isterinya sehinggakan membuat sahabat lainnya ikut menitiskan air mata kedukaan. Tidak ada yang berani menahan Abi Al-Ash’ berbuat begitu sehingga datangnya Rasulullah s.a.w melarangnya dan kemudian menyuruh para wanita untuk memandikannya. Abi Al-Ash’ pulang ke rumahnya yang hanya tingal kenangan. Hampir sahaja beliau termakan oleh kesedihannya. Namun disebabkan hiburan dua orang anaknya, Ali dan Umamah, seorang perempuan yang mirip dengan ibunya telah mengisi kesepiannya.

Begitu juga dengan Rasulullah s.a.w, baginda sering membawa Umamah
kemana saja sehinggakan ketika solatpun. Rasulullah s.a.w masih
memberikan kesempatan kepada Umamah naik ke atas bahunya ketika baginda
sujud di lantai dan sehinggalah baginda selesai solat, sebagaimana yang
diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.
Aisyah, isteri Rasulullah s.a.w pernah menceritakan bahawa pada suatu
ketika Rasulullah s.a.w mendapat hadiah berupa kalung. Maka Rasulullah
s.a.w berkata: “Aku akan berikan kalung ini kepada salah seorang ahli
keluargaku yang paling aku sukai dan sayangi.” Isteri-isteri yang lain
berkata: “Tentu sekali diberikan kepadakannya kepada Aisyah.”
Ternyata dugaan isteri-isteri Rasulullah adalah salah. Rasulullah s.a.w
telah memberikan hadiah tersebut kepada Umamah bin AbiAl-Ash’ yang
dikalungkannya dengan kasih sayang seorang datuk.
Sedang yang paling sedih dalam keluarga Rasulullah adalah Fatimah
Az-Zahra. Ini adalah kerana baginya Zainab adalah ibu , kakak, kawan dan
gurunya. Fatimah menangis apabila teringat jasa-jasa Zainab ketika dia
masih kecil lagi. Kenangan akan Zainab telah mendorong dirinya untuk
mengabadikan nama anak sulungnya dengan nama Zainab. Dengan begitu,
dirinya boleh menyebut nama kakaknya itu setiap hari.
Tidak lama selepas itu, Abi Al-Ash’ pun turut meninggal dunia. Beliau meninggal pada bulan Dzulhijjah taun ke-12 Hijrah semasa kekhalifahan Abu Bakar.
Tidak lama selepas itu, Abi Al-Ash’ pun turut meninggal dunia. Beliau meninggal pada bulan Dzulhijjah taun ke-12 Hijrah semasa kekhalifahan Abu Bakar.
Beliau telah mewasiatkan puterinya kepada Zubair bin Awwam.
Setelah Fatimah, emak saudaranya itu wafat, Umamah tealh dikahwinkan
dengan Ali bin Abi Thalib. Umamah menjadi isteri Ali sehingga suaminya
itu terbunuh. Ali sempat berpesan kepada Umamah sebelum meninggal: “Aku
khuatir kalau aku mati, engkau akan dilamar oleh Mu’awiyah. Maka kalau
kau menginginkan seorang suami, aku relakan Mughirah bin Nufal bin
Al-Harits bin Abdul Muthalib menjadi pelindungmu.”
Benar seperti apa yang telah dikatakan oleh Ali bin Abi Thalib. Setelah selesai iddah Umamah, Mu’awiyah telah menyuruh Marwan untuk melamar Umamah dengan mahar 100,00 dinar. Hal ini telah dikhabarkan kepada Mughirah lalu beliau berkata: “Kalau kau mahu, terserahlah!” Umamah dengan tegas menjawab: “Tidak! Aku tetap berpegang pada wasiat Ali.” Lantas Mughirah berkata: “ Jika begitu, engkau ku lamar.”
Maka Umamah menjadi isteri Mughirah sehingga mati. Tetapi beliau tidak mempunyai keturunan. Apatah lagi abangnya, Ali bin Abi Al-Ash’ juga telah meninggal dunia ketika masih muda lagi. Dengan kematian Umamah, maka habislah sudah keturunan Zainab binti Muhammad

No comments:
Post a Comment